Greeting All....

Life must go on

Saturday 16 July 2011

K&K Diary (Chap 3)

Hujung minggu yang menyenangkan bagi Rina. Sudah lama dia tidak berjogging. Hari ini dia mahu bersenam sambil menenangkan fikiran setelah penat memerah otak di ofis malah terpaksa berdepan dengan bos yang pelik baginya. Emosi bos yang tak menetu buat Rina takut untuk menegur semborono.
“ouch! Sakitnye.”Rina mengaduh kesakitan apabila bahunye dilanggar kasar seseorang
Buta ke org ni, aku yang besar mcmni pon tak nampak.Dengus hati kecil Rina sambil memegang bahunya yg sakit.
“maaf ye saudari.saya buru-buru tadi.Cari anak saya yang hilang”. Lelaki yg melanggar Rina segera memohon maaf kerana sikapnya yang tak berhati-hati.
Ketika ditoleh pada pemilik suara itu.Rina hampir tak percaya. Orang yang didepannya tak lain dan tak bukan.Bosnye sendiri. Macam jatuh ditimpa tangga.Jantung Rina berdegup kencang berhadapan dengan lelaki yg melanggarnya.
“Awak?”dua-dua serentak bersuara bagai orang tak percaya.
“Apa awak buat kat sini?Dengan sapa?Awak ok tak Rina?Nak saya bawak ke  klinik?
Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut En.Zam. bagai terkunci mulut, Rina diam membisu.
Terus tangan Rina ditarik ke bangku dan memaksa rina duduk sambil melihat bahu yang dilanggarnye.
“Bengkak ke  Rina?kalau sakit lagi saya bawa awak ke klinik?”En.Zam memulakan perbicaraan.
Mata Rina tidak berkelip memandang En.Zam seperti lagaknye orang memandang sesuatu yang pelik. Seperti baru bangun dari mimpi, Rina mula bersuaraa tersekat-sekat
“Errr..ok je ni En.Zam, jap lagi elok lah ni. En.Zam cari anak?Mana hilang?Dah jumpa?”
“Belum lagi,tadi saya suruh dia tunggu kejap, saya nak belikan makanan tapi bila saya balik tengok dia dah takde. Tu yang saya bekejar cari dia. Dan tak sangka jumpa kamu disini” sambil tunduk kesedihan.
“Owh mcmtu ye,marilah saya tolong carikan anak En.Zam.mungkin masih ada disekirtar sini. Mari lekas sebelum terlambat”
Rina menolak En.Zam utk segera bangun dan bergerak mencari anaknya.
“Sofea……Sofea…..”laung En.Zam memanggil nama anaknya. Bapa mana yang tidak risau bila anak tunggalnye hilang ditangannya sendiri.
“Emm..sofeaye nama anak En.Zam?”Tanya Rina minta kepastian
“yup, dia satu-satunya cinta hati saya di dunia ini”balas En.Zam perlahan.
“Errr..isteri En.Zam mana?dia tak ikut sama?”
“Dia dah lama pergi meninggalkan kami kerana seruan ilahi”
“Opss..maaf saya tak tau” Akhirnya Rina malu sendiri.Keranaa terlalu banyak bertanya sekarang dia dah menyentuh hati bosnya.
“Aduh..ape la aku ni..yang aku tunjuk peramah tanye macam2 pasal ape..kan dah malu sendiri.Adoiyaii”gumam hati kecil Rina memarahi diri sendiri.
“papa…papa…”laung suara anak kecil memangil papanya.
Sambil terkedek-kedek berlari.Si anak kecil terus mendakap papanya, En.Zam.
“Syg pegi mana nih…puas papa cari ” terus dipeluk erat anak gadisnya comelnya itu.Dicium-cium pipi anak kecil itu kegirangan.
“sofi jumpa kawan…hikhikhik”jawab anak kecil itu tersipu-sipu malu.
“lain kali jangan buat papa macam ni lagi tau” dicubitnya pipi anak kecil itu.
“Ouchh..sakit la papa”
‘Hmm..mari kenalkan.ni mama Rina”
Bagai nak terlepas botol ditangannya mendengar gelaran ‘mama rina’.
“sejak bila aku kawen dgn dia..adesss.”
“ermm..hai cantik…ke mana pergi tadi..kesian papa sofea tau..menangis carikan sofea”sambil mengerling kea rah En.Zam. Baru betol mcmni.kenekan dia semula.Rina tergelak kecil.
“papa menangis ye?janganlah..sofi tak mahu buat papa menangis lagi”sambil mengelap pipi papanya. Anak kecil berusia 5 tahun ini sudah petah bercakap malah seperti tahu tangungjawapnya untuk menjaga papanya.
“tak ada lah saying..papa ok jer ni..mama Rina saja menyakat kita”sambil menarik pipi Rina.
Mereka sama-sama ketawa gembira. Seharian di taman itu seperti satu anugerah bagi mereka. Mereka sama-sama menikmati saat gembira bertiga seperti sebuah keluarga yang bahagia walaupun tidak ada orang tahu perkara sebenarnya.
En.Zam terus menghantarkan Rina pulang sambil mengucapkan terima kasih kerana meluangkan masa bersama keluarganya.
Rina hanya tersenyum sambil melambaikan tangan pada dua  orang anak beranak itu. Si anak kecil sempat memberikan flying kis pada Rina.Tersenyum simpul Rina. Masa berlalu pergi. Rina melangkahkan kaki lemah memasuki rumah.

Monday 27 June 2011

K&K Diary ( Chap 2 )

BAB 2
Kesejukan suasana pagi itu mengigit tubuhnya. “kalaulah dia ada bersamaku sekarang pasti aku tidak kesejukan begini” ,bisik hati kecil Rina melepaskan keluhan kecil.
“Ah! Apa lah yang kufikirkan ni, terlalu berlebihan pulak.adoii…” Rina mengomel memarahi dirinya sendiri. Terus ditariknya gebor menutupi sebahagian tubuhnya yang mula digigit kesejukan.
Pagi-pagi lagi Rina bangun. Dia mula rasa lebih bersemangat daripada hari- hari sebelumnya. Semuanya kerana diari. Hatinya kembali tenang setelah menulis diari. Sambil menuruni anak tangga, Rina memerhatikan sekeliling dan melihat rakan-rakan serumahnya masih diulit mimpi. Perlahan-lahan Rina menuju ke bilik air dan membuka pili air perlahan-lahan. Dia harus segera mandi dan menunaikan solat subuh sebelum terlambat.
Perjalanan ke tempat kerja amat melelahkan lebih-lebih lagi dia harus berjalan kaki. Gaji yang diperolehinya masih belum cukup untuk membeli kenderaan. Rina tidak cerewet, dia tidak merasa susah walaupun setiap hari terpaksa berhujan dan berpanas ke tempat kerja. Yang penting baginya adalah mendapatkan kerja yang halal dan segera mengumpulkan duit untuk pernikahannya.
Tugasnya sebagai setiausaha amatlah berat kerana perlu sentiasa menjaga keterampilan sepanjang berada di pejabat. Bosnya tidak suka melihat staffnya tidak kemas. Boleh dikatakan bosnya itu agak cerewet orangnya. Namun dia seorang yang baik dan mengambil berat kebajikan semua staffnya. Itu yang mengagumkan aku.
Mujurlah hari ini cuaca baik jadi aku dapat menyelesaikan semua tugasku dengan cepat dan bos semestinya tidak akan membebel memarahiku. Rina bernyanyi-nyanyi keriangan dan tidak menyedari seseorang memerhatikan gerak gerinya dari jauh.
“Ehemm….ehemm..nampaknya ada orang sedang bergembira” tegur satu suara dari belakang Rina. Hampit terjatuh fail-fail yang dipegang Rina kerana terkejut ditegur dengan tiba-tiba. Rina seperti mahu marah kepada empunya suara tersebut kerana mengganggu ketenangan hatinya tika itu. Namun suara Rina tersekat apabila melihat susuk tubuh jejaka dihadapannya yang segak berkemeja putih dengan kot hitam membaluti tubuh si pemiliknya. Tak lain dan tak bukan, dialah bos Rina merangkap pemilik Syarikat MoonLite ini.
“Apa yang mengembirakan kamu harini Rina?kamu datang awal pagi ni.Tak seperti biasanya.” Bosnya mula menyusun kata memulakan perbualan.
“Eh, En.Zam rupanya saya fikir hantu siang tadi” sindir Rina dengan harapan bosnya berhenti bertanyakan soalan-soalan yang dirasakan malas untuk dijawabnya ketika ini.
“Saya yang hensem macamni awak cakap hantu?awak ni gila ke apa?” lalu berlalu meninggalkan Rina.
Rina terkejut dengan jawapan yang didengarnya. Kelihatan bosnya seperti marah kerana dipersendakan seperti itu. Timbul rasa bersalah dihati Rina kerana membuat pagi harinya dibaluti kesunyian apabila bosnya tidak menegurnya sama sekali seolah-olah menunjukkan protes kepadanya.
“Ish, ni tak boleh jadi. Aku tak patut cakap macamtu tadi. Kan dah buat bos marah” gumamnya sendirian. Rina menuju ke kabin dapur sambil menatang secawan capucino dan dengan hati-hati membawa ke bilik bosnya. Setelah mengetuk pintu, Rina segera masuk dan menghampiri bosnya. Diletakkan cawan capucino itu diatas meja.
Setelah mengumpulkan kekuatan, Rina mula bersuara dengan nada perlahan dan sayu “ En. Amir, saya minta maaf sekiranya kata-kata saya pagi tadi menyakiti hati En.Zam. Saya betul-betul tak berniat nak sakiti En.Zam. Sekali lagi saya minta maaf”.Selesai mengungkapkan bait-bait ungkapan maaf itu, Rina meminta diri untuk keluar.Dengan langkah lemah, Rina keluar dari bilik bosnya dan kembali ke ruangan tempat kerjanya yang terletak bersebelahan bilik bosnya itu.
Jam menunjukkan pukul 5.00 petang. Rina mula mengemas barang untuk beransur pulang. Dia bersyukur kerana hari ini dia dapat selesaikan semua kerja tanpa ada yang tertangguh.
“Semuanya berkat aku gaduh dengan dia kot.Jadi aku tak banyak cakap dengan dia, so taklah banyak kerja aku dapat harini.hehehe…..”bisik hati kecil Rina kegirangan sambil mencapai beg tangan dan bergegas keluar dari pejabat.





24 APRIL 2011
Siapa sangka, hari ini aku bergaduh teruk dengan Is. Semuanya bergerak begitu pantas. Aku minta putus dengan Is. Dia tak mahu melepaskan aku. Dia ugut bunuh diri. Kawan dia, Muz call aku bagitahu yang Is bertindak macam orang gila. Mengamuk tak tentu pasal. Aku kecewa dengan sikap Is yang bertindak ikut perasaan. Sepatutnya dia bertambah sedar kesilapan dia ini tidak malah menambahkan masalah.
            Is tidak pernah mahu berubah.Sentiasa terus….terus…..terus….dan terus membuat kesilapan yang sama. Dia selalu suruh aku berubah walhal dia sendiri tak pernah berubah. Aku dah tak percayakan janji Is. Is terlalu licik. Dia terlalu pandai bermain dengan kata-kata.

*********************************************************
25 APRIL 2011
            Semalaman aku tak dapat melelapkan mata, kata-kata Is membuatku panas hati. Dia betul-betul mencabar kesabaran aku. Dia beritahuku bahawa harini dia bertukar tempat kerja. Dia ditugaskan ke Wisma, Subang Jaya. Aku sangat risau sebab lokasi tempat kerja baru dia ni agak jauh. Dia bg tau yg dia perlu lapor diri jam 8.30pagi…
            Aku cube memahami dia, aku cume mampu mendoakan kesejahteraan dia dari jauh. Kekasih mana yg tenteram bila dpt tahu yang buah hati dia  terpaksa pergi ke tempat kerja yang jauh dari rumah sewanya.Aku sangat risau.Dia pegi naik apa?Dengan siapa?Dia cukup duit tak?Dia dah makan ke?macam-macam yg aku fikirkan. Semuanya tentang dia.
            Selepas beberapa ketika, dia menghantar mesej padaku, beritahu yg dia dah siap lapor diri. Aku bertanya jam kerjanya. Dia beritahu dia akan pulang jam 6.00petang nanti.Aku faham dan tak ganggu jam kerjanya. Aku tunggu dia hantar mesej padaku beritahu yg dia dah habis kerja dan nak bergerak pulang. Tapi sayunya hatiku bila langsung tk dpt kabar dari dia.
            Agak lama aku menunggu, aku mula risau. Terus ku hubungi telefon bimbitnya. Memang benar dugaanku, dia masih belum pulang dan meminta aku topupkan dia supaya dia dapat call mamanya.Aku tak fikir panjang terus buat share topup. Tapi yang menghampakan lagi hatiku bila dia langsung tak beri khabar selepas aku buat share topup. Dia langsung tak fikirkan perasaan aku. Bagi dia topup je yg penting.
            Kesabaran aku mula tercabar, aku tak puas hati dan terus menghubungi dia selepas beberapa ketika. Tapi yg ku dapat cuma kemarahan dari dia, dan suara acuh tak acuh je jawab call dengan alasan dia masih kat KL tengah serabut sebab mama dia tak dapat hantar dia pulang ke rumah sewanya. Hancur remuk hatiku diperlakukan macamtu. Niat hatiku nak mengembirakan dia, bantu dia kalau dia kesusahan. Tapi rupanya aku call pada masa yang tak tepat. Dia tak perlukan bantuan aku.
            Aku masih menahan sabar, aku pujuk hatiku dengan berkata yg sekarang mungkin dia dalam keadaan serabut. Biarlah hati dia tenang dulu.Nanti pasti dia akan hubungi aku semula.Jam berganti jam, dari terang hingga suasana semakin gelap menjelang malam. Dia masih tak hubungiku buat aku tertanya-tanya. Aku tak penting ke padanya?kenapa dia biarkan aku risau sebegini?susah sangat ke nak balas mesej?susah sangat ke nak bagi khabar berita?
            Is kejam padaku. Dia tak fikirkan perasaan ku. Dia cume risaukan keadaan dia sendiri. Is pentingkan diri sendiri. Aku menjerit dalam hati. Siapa aku dihatinya?Kenapa dia tak nak berkongsi dengan aku dan biarkan aku tertanya-tanya sendirian risaukan dia?Is tak penah nampak kebaikan yg aku beri untuknya. Tapi satu kesilapan kecil yg aku buat saja yang kekal dalam ingatannya. Sangat tidak adil. Aku kecewa.
            Ada lagi yang paling menyedihkan. Berderaau jantung ku bila dia cakap yang dia berenti kerja. Berdesing telinga kau dengar ayat yang keluar dari mulut dia. Dia sangat-sangat suka bercakap benda yang tak baik. Aku sangat tak berkenan. Semua kata-kata yang terkeluar dari mulut kita ini adalah doa. Dia nak sangat agaknya jadi macamtu. Dia tak pernah fikirkan untuk dapat masa depan yang cerah. Dia nak aku menderita agaknya. Jangan harap aku akan berdiam diri.
            Aku tak cakap banyak lagi terus tutup call. Aku mesej dia beritahu yang aku nak dia pulangkan semua duit aku. Lepastu terpulang dia nak berenti keje kea tau nak buat apa-apa sahaja yang dia suka. Aku tak dapat terima semua perlakuan yang dia buat padaku. Lagipun dia ka nada keluarga yang sayangkan dia. Pasti dia boleh bahagia walau tanpa aku. Aku dah bosan dengan sikap dia yang suke mengugut.
            Aku dah tak dapat fikir panjang lagi. Jalan terbaik adalah meninggalkan Is dalam diam. Kalau aku beritahu dia untuk putus, pasti dia akan buat perkara gila macam kelmarin. Biarlah dia fikir yg aku masih lagi miliknya walhal dalam dia aku menjauh dari dia. Ini cara terbaik bagi kami. Dia tak nak belajar untuk berubah. 2 tahun perkenalan aku dengan Iskandar. Selama ini jugak dia terlalu banyak menyakitiku. Dia masih tak matang. Dia masih bersikap kebudak-budakan. Dia langsung takde perancangan masa depan untuk kami. Yang dia tau cume nak berseronok.
            Apa yang dapatku simpulkan, Dia perlukan aku Cuma untuk melengkapi hidup dia. Dia perlukan aku untuk bergantung harap. Dia perlukan aku untuk selesaikan masalah dia. Dia perlukan aku untuuk ringankan beban dia. Walhal dia sebagai lelaki, dia patut buat semua tu utk aku. Ini da seperti aku lah lelaki bagi dia. Aku kecewa, sangat kecewa.
            Dia risau tak dapat hadir kerja esok, dan berusaha untuk cari jalan keluar. Tapi akhirnya dia buat keputusan untuk ambil MC. Aku tak faham kenapa dia tak boleh mintak tolong dengan keluarganya. Kenapa keluarganya tidak mahu membantunya sedangkan tiap bulan  dia beri wang belanja pd keluarganya malah hampir dia tak punye apa-apa lagi.. Apakah itu masih belum cukup untuk balas budi?apakah kebaikan dia pada keluarganya itu langsung tak dinilai? Apa masalah dia dengan keluarganya?
Aku bingung.  Geram dengan Is kerana tak berani bersuara. Dia sengsara tapi tak seorang pun ahli keluarganya dating hulur bantuan. Aku jugak yang dia cari. Tapi bila aku beri nasihat. Dia tak mahu dengar. Aku dah lemas dengan semua ini. Aku rasa semakin tak yakin untuk teruskan hidup dengan Iskandar. Dalam sedar atau tidak. Is dah terlalu banyak sakiti aku, dah terlalu banyak susahkan aku. Tapi aku tak berkira semuanya sebab aku ikhlas nak membantu dia kerana dia bakal suami ku. Tapi bila dia layan aku tak wajar macamni. Umpama aku orang asing bagi dia. Aku sangat kecewa dengan semua yang terjadi kebelakangan ini Siapa sangka impian yang dibina selama ini sedikit demi sedikit hancur berkecai seperti berkecainya hatiku.

Aku dah ada terlalu banyak masalah.Nak ditambah dengan masalah diaa lagi. Dah puas aku berkorban untuk dia. Tapi dia tak pernah nampak kebaikan aku.Apa salah aku sampai aku terpaksa pikul semua beban ini seorang diri?Aku sedih. Orang yang aku percaya langsung tak membantu aku malah membuat aku bertambah sedih. Kenapa kau buat aku macamni Iskandar??

*********************************************************


26 April 2011
            Pagi ini aku bangun dengan jiwa yang kosong. Is betul- betul telah Berjaya membunuh jiwa aku. Aku hilang semangat. Harini ibu bapaku dan adik Hazrul ke wisma untuk buat passport. Sekarang aku sendirian layan perasaan. Sepanjang harini aku betul-betul lemah.
            Aku langsung tak ke dapur. Aku tak masak harini. Aku betul-betul takde mood. Semuanya gara-gara Isi. Dia Berjaya hancurkan harapan aku. Ayahku terus membatalkan niat untuk bantu Is selepas aku beritahu kedua orang tuaku yg Iskandar berenti kerja. Diorang kecewa dengan sikap Iskandar yang takde pendirian. Bersikap keanak-anakan. Takde pegangan hidup langsung.
            Ibuku terlepas cakap suruh aku berpisah dengan Iskadar sebab tengok keadaan aku yang hilang upaya diri. Hilang semangat hidup. Ibuku tak mahu aku teruskan hubungkan dengan Is kerana sikap Is yang tak bertanggungjawab. Ibuku risau kalau nanti hidupku sengsara selepas berkahwin dengan Is kalau sikap Iskandar tak berubah.
            Terlalu berat hati ini untuk melepaskan Is pergi dari hidupku. Tapi aku benar-benar tak dapat menanggung siksa jiwa kerana sikap Is. Aku dah tak dapat bersabar untuk terus bersama Iskandar.Mungkin dia bukan yang terbaik buatku.

K&K Diary ( Chap 1 )

BAB 1
Tanpa diduga, tangan  Rina pantas mencapai laptop yang diletakkan bersebelahan katilnya. Jari jemarinya kian rancak menari-nari di atas papan keyboard. Fikiran Rina terganggu dengan bermacam-macam persoalan yang bermain difikirannya. Hanya satu yang mampu di lakukan iaitu meluahkan semuanya di dalam diari. Sejak sekian lama dia berhenti menulis, kini dia kembali untuk menulis semula. Semuanya bermula dengan diari. Hanya diari teman sejatinya.
Rina berubah dari seorang yang banyak cakap kepada seorang yang pendiam. Dia tidak banyak bergaul dengan orang disekelilingnya. Dia takut untuk menyakiti hati orang lain dan memutuskan untuk menyendiri. Semuanya bermula di facebook apabila dia tidak sengaja memberikan komen gambar sahabat karibnya. Baginya, komen itu sekadar gurauan tapi tidak diduga ianya membangkitkan kemarahan sahabatnya itu. Dan hubungan mereka seolah-olah semakin renggang.Selepas kejadian itu, Rina tidak lagi aktif di facebook. Dia jadi fobia untuk bersuara. Dia takut berbuat kesilapan yang sama.
Seketika, Rina mengalihkan pandangannya pada hp disebelahnya. Sambil tersenyum, Rina meneruskan tulisannya. Dia ingin meluahkan segala yang terpendam dan terbuku dihatinya selama ini. Dia tidak mahu terlepas lagi moment penting dalam hidupnya.Semuanya  tercatat di dalam diari istimewanya yang diberi nama “Diari cinta K&K”






15 APRIL 2011
            Pagi ini, hatiku berdebar seolah-olah seperti ada sesuatu yang tidak baik bakal  terjadi. Fikiranku cuma tertumpu pada IskadarShah.Iskandar…cuma nama itu yang bermain dibibirku saat ini. Apakah dia baik-baik saja?Aku sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan dia walaupun kami berjauhan.
Aku tahu, jarak kami agak jauh untuk selalu berhubung kerana dia sekarang berada di Selangor dan aku pula di Johor tapi itu bukan alasan untuk memadamkan rasa cinta antara kami. Aku sangat mencintai dia. Aku juga tahu dia  mencintai aku.Aku percaya dengan gerak hatiku ini.
 “Ya Allah, ku mohon jika dia adalah untukku dekatkan lah dia padaku,mudahkanlah segala urusan kami..amin..”
            Hari ini aku harus hadir ke Pejabat Agama Johor untuk mengambil wang bantuan IPT yang seharusnya kudapatkan sejak bulan januari yang lalu sewaktu aku masih belajar di UiTM cawangan Sabah. Tapi Alhamdulillah, aku sudah mendapatkannya walaupun agak terlambat. Sekurang-kurangnya dengan wang ini, aku dapat menggunakannya untuk membeli keperluan aku yang tertunda.
Walaupun sewajarnya duit ini digunakan untuk kegunaan belajar tapi anggap ajelah ini sebagai ganti kepada duit yang ku keluarkan semasa membayar yuran universiti kelmarin. Jadi sekarang aku berhak untuk gunakan duit ini mengikut keperluan aku.
            Universiti?semuanya sudah berakhir buat masa ni. Walaupun cuma 4 bulan sahaja aku menjejakkan kaki di UiTM cawangan Sabah, namun setiap hari yang aku lalui di sana amat bermakna buat aku untuk aku kenangkan disepanjang  hidupku kerana aku pernah bergelar pelajar Ijazah Sarjana Muda Kepujian (Kewangan) sesi Dis 2010-April 2011.
Disana aku ada seorang kawan yang ku anggap sangat baik denganku. Namanya Azila, dia berasal dari Muar. Kami berkawan baik, dia selalu membantu aku disaat aku memerlukan. “Terima kasih Azi, Aku tak akan melupakan kebaikan kamu.Semoga kita dapat berjumpa lagi. Aku doakan kejayaan kamu”. Kisah di sabah sudah berakhir, kini aku harus kembali ke Pasir Gudang membuka lembaran baru.
Aku harus menguburkan impian aku untuk teruskan ijazah demi memberikan kebahagiaan kepada orang yang amat aku cintai. Bukan cuma hal ini yang menyebabkan aku menamatkan pengajianku tapi juga disebabkan masalah kewangan yang membelenggu hidupku.
 “Past already past…life must go on” Itulah yang membangkitkan keyakinanku. Sedikit pun tidak kusesali dengan keputusanku untuk berhenti belajar. Bagiku, belajar adalah tuntutan seumur hidup. Tidak bermakna aku tidak mempunyai peluang lagi untuk sambung belajar di masa depan.
Mulai sekarang, aku harus memberikan sepenuh komitmen dalam urusan pernikahan kami ini. Selepas bernikah nanti, insyaallah aku akan usahakan untuk sambung ijazah semula. Dan aku akan buktikan pada semua, Cepat atau lambat, Herina pasti akan memegang segulung ijazah tak lama lagi.
Aku yakin aku mampu lakukannya lebih-lebih lagi aku bakal ditemani insan yang amat aku cintai.Aku akan mengubah nasib hidupku ini tidak lama lagi, Aku berjanji demi orang tuaku, Mak Mah dan seorang suami yang amat aku cintai.
Bercakap tentang janji, aku ada angan-angan yang tinggi dalam hidupku. Semua orang juga memiliki angan-angan dan impian. Begitu juga dengan aku. Kalau nak disenaraikan memang tak cukup kertas.Aku tersenyum sendirian. Anak mana yang tidak sayangkan orang tuanya.
 Yang amat aku harapkan adalah dapat membahagiakan kedua orang tuaku. Aku teringin untuk menghantar mereka mengerjakan haji. Aku juga nak pastikan mereka tidak perlu risau lagi tentang kewangan. Aku ingin mereka hidup tenang. Mak Mah pula, aku mahu belikan sebuah rumah untuk mak mah tinggal. Aku tak mahu mak mah duduk di rumah atas air lagi. Aku risau keselamatan mak mok. Kalau aku dapat beli rumah, aku akan pastikan rumah itu dekat dengan rumah orang tuaku supaya mudah mereka saling berhubung.
Tidak ketinggalan juga tentang impian aku pada bakal suamiku, Aku ingin menjadi seperti Siti Khadijah dan Aisyah yang setia menemani rasulullah di sepanjang hayatnya dengan sabar.Kerana itu, harapan aku adalah ingin selalu menemani dia disaat susah dan senang. Aku mahu selalu melihat dia tersenyum dan tertawa girang bersamaku. Aku tidak mahu lihat dia dalam kesedihan ataupun kesepian. Aku nak dia bangga memiliki aku sebagai isterinya. Bukan sekadar menjadi suri rumah yang baik malah mempunyai kerjaya yang bagus.Kalau ada rezeki, aku ingin kami memiliki anak secepat yang mungkin.Ya Allah, berkatiilah hidup kami ini.Amin.
Selesai sudah cerita tentang angan-angan. Tapi sebenarnya masih belum selesai kerana sekarang impian aku yang paling penting masih belum terlaksana iaitu melangsungkan pernikahan dengan orang yang amat aku cintai,iaitu Iskandarshah yang lebih mudah ku panggil dengan gelaran Is. Cuma dia satu-satunya orang yang bertakhta dihatiku. Tiada siapa yang dapat menggantikan tempat dia dihatiku. Tanpa dia, hidupku kosong. Kehadiran Is mengubah segalanya.
Aku akui, kadang-kadang aku sangat marah pada dia, kadang-kadang juga benci pada dia. Tapi kemarahan dan kebencian aku ini langsung tidak mengurangkan rasa cintaku pada Is. Senang kata, aku cinta mati pada Iskandar.Aku tak dapat teruskan hidup tanpa Is. Semangat aku terbang bersama Iskandat. Tanpa Is disisiku, aku tidak memiliki semangat untuk kehidupan ini.Ya Allah, kumohon jangan ambil dia dariku. Berilah aku peluang untuk terus mencintainya dan memiliki cintanya dengan keredhaanMu ya Allah.
Bak kata pepatah, “Cinta itu Buta”. Itulah yang kualami sekarang. Kerana cintakan Is, aku tidak nampak lelaki lain walaupun yang ada disekitarku adalah orang yang sangat hebat. Walau sehebat mana orang itu, tetap tidak dapat membunuh rasa cintaku pada Is. Aku tidak tergoda dengan kehebatan lelaki lain kerana bagiku cinta Iskandar adalah perkara terhebat yang aku miliki sekarang. Aku tidak mahu kehilangan cinta itu.
Urusan di pejabat agama selesai awal. Nasibku baik kerana tidak ramai orang. Selepas itu, mak mengajak aku singgah ke Pasaraya Today untuk mencari kasut kakak iparku. Tak banyak pilihan disana, kerana kami kesuntukan masa, aku memilih salah satu kasut disitu.Selesai abah membayar di kaunter, kami terus bergerak pulang.
Sepanjang perjalanan, kepalaku berdenyut-denyut.Tekakku juga seperti ingin muntah tapi ku tahan. Aku  meminta ayah singgah ke farmasi untuk aku membeli ubat. Setibanya dirumah, aku terus ke bilik dan merebahkan badan ke katil. Aku tidak dapat membuka mata lalu memutuskan untuk tidur sebentar.
Dari pagi hingga ke malam hari, aku masih tertunggu-tunggu panggilan si jantung hati. Kerisauan dan kerinduan pada si dia amat mengamit jiwa. Bilalah Is mahu menghubungiku,gumam hati kecilku keresahan.
Deringan lagu Misery, Maroon Five dari telefon bimbitku mematikan khayalan ku. Segera ku capai hp dan amat mengejutkanku apabila nama Hubby yang tertera diskrin telefon bimbitku membuatkan hatiku berbunga-bunga keriangan. Akhirnya dia menghubungiku juga,bisik hati kecilku kelegaan.
Dari tadi memang ini yang ku nanti-nanti .Aku amat risau lebih-lebih lagi aku takut dia masih belum sampai ke rumah sewanya selepas beberapa hari pulang ke rumah mamanya. Aku tahu dia amat merindukan mamanya. Tidak pernah terlintas dihatiku untuk menghalangi hubungan anak beranak yang semestinya amat kuat berbanding yang lain. Aku juga mahu melihat mereka bahagia.
Kami berbual-bual melepaskan rindu masing-masing. Mendengar suaranya saja, segala keresahan hatiku hilang mengiringi angin malam. Hari ini dia bertugas shif malam. Selepas beberapa ketika, kami menamatkan panggilan kerana kredit hp tidak mengizinkan. Berat hatiku meletakkan hp tapi sekurang-kurangnya rinduku terubat juga.
Jam menunjukkan angka dua belas. Sudah pagi rupanya, bisik hati kecilku. Dengan langkah longlai, ku berjalan menghampiri katil dan mula merebahkan badan di atas katil bercadar biru dengan bentuk hati.
Aku merenung jauh kesyiling sambil mengukirkan senyuman. Sambil mencuba memejamkan mata dan membayangkan kenangan indah aku dan si dia. Tidak sabar aku untuk menemuinya hujung bulan ini. 

*********************************************************
           


            Bukan mudah untuk menulis sekirannya tidak mempunyai minat. Begitu juga pada Rina. Kerana minatnya pada penulisan, dia aktif menulis cerita dan semuanya berkaitan tentang kehidupan realiti insan. Dia berangan-angan untuk menghasilkan sebuah novel berkaitan diairi cintanya sendiri suatu masa nanti. Rina melepaskan keluhan lega kerana dapat menyelesaikan tulisannya. Semuanya telah selesai tercatat di dalam diarinya.
            Matanya mula berat untuk menghadap skrin laptop. Dia mula merasa mengantuk kerana semalaman bersengkang mata untuk menyiapkan diarinya itu. Satu kepuasan dalam dirinya kerana dapat meluahkan segalanya di dalam diari tersebut. Rina menutup laptopnya dan meletakannya kembali disisi katilnya.Kelopak matanya semakin berat untuk dibuka. Cepat-cepat Rina mematikan suis lampu.